Semester saya baru bermula. Syukur saya di tahun akhir pengajian. Tapi, itu bukan sebuah jaminan [mungkin] untuk mengatakan saya hanya ada setahun lagi di sini :p
Tadi, saya jalan ke Department Kaunseling. Rumah kedua saya di sini :) Ada seorang bekas senior merangkap kaunselor, duduk santai bersama. Saya tanya-tanya tentang dunia seorang kaunselor. Borak, borak, dia kata TAK BEST jadi seorang kaunselor {huh?}
Saya terdiam. Saya tanya semula dia nak jadi apa. Ah, katanya nak jadi cikgu. Saya kembali senyum. Lega.
-----
Bekas kaunselor tu datang dari department yang sama dengan saya. Bezanya dia dah rasa jadi kaunselor. Dan, dia dan pun aplikasi apa yang dipelajari di dalam kelas. Saya masih terhegeh-hegeh kepit buku ke kelas :) Apa pun, sedikit saya sunting dari bual kami tadi, tentang dunia belajar dan pekerjaan.
-----
Dunia sekarang. Saya tahu dan diberitahu, 'tak semestinya kita akan bekerja dengan degree yang kita dapat di universiti atau kolej'. Dunia sekarang cukup 'heboh' dengan 'soft skillnya'. Lantas, semua orang dikehendaki sibuk dengan pelbagai skil-skil yang dapat menunjukkan bahawa pelajar ini *serba boleh, pandai mengurus, bijak bahasa Inggeris dan sebagainya. Pakej lengkap...atau 'well rounded'
[*bonus untuk lebih menarik perhatian majikan-majikan]
-----
Itu sebuah komitmen. Saya tak pasti bila dah graduasi nanti, saya akan kerja dalam bidang yang akan guna ilmu psikologi seluruhnya [fakta:psikologi itu sebenarnya ada di mana-mana]
Saya belum pasti. Tapi, bila seorang kawan tanya, saya mahu jadi apa, saya jawab nak jadi orang yang bahagia. Dia senyap. Saya senyum.
-----
Saya tahu itu bukan rumus S.M.A.R.T. [Rumus yang orang guna untuk menetapkan matlamat] Tapi, saya ada bukaan dan definisi saya sendiri. Tentang cita-cita saya. Saya mahu keluar jadi orang bahagia. Saya bahagia bila dapat buat orang lain bahagia. Saya nak bahagia dengan cara membantu dan menunjuk jalan :)
Dengan maksud itu, saya kerap terlihat diri sendiri: bagaimana nak menjadi diri yang dapat membahagiakan?
-----
Saya pasti akan selalu ingat pesan sifu-sifu saya, 'buat apa-apa biar sedikit asalkan istiqomah' ...dan yang paling penting adalah keberkatan Allah dan ibu bapa.
No comments:
Post a Comment